fnn-logo
search-icon
Tentang Kami
Tentang Kami
ProdukTestimoni
Resipi
Resipi
Menu UtamaMinumanPencuci MulutPadanan Resipi
Petua & Panduan
Petua & Panduan
Kempen
Kempen
Kolaborasi
Kolaborasi
search-icon
hamburger
close
Tentang Kami
+
Produk
Testimoni
Resipi
+
Menu Utama
Minuman
Pencuci Mulut
Padanan Resipi
Petua & Panduan
Kempen
Kolaborasi
prev
Hidangan Dari HatiMengisi Hati Dari DapurHidangan Dari Hati
next
triangle
Che Sayang

Che Sayang

Minum petang bersama bukan sekadar snek sebelum makan malam, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan keluarga. Jom tonton untuk resipi penuh.

Kuih Ketayap & Teh Tarik Masala

Kuih Ketayap & Teh Tarik Masala

Kulit Kuih Ketayap

  • 1 tin F&N Krimer Sejat
  • 4 helai Daun Pandan
  • 1 tin Air
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • Secukupnya Garam
  • Secukupnya Minyak

Inti Kuih Ketayap

  • 1 biji Kelapa Parut
  • 3 sudu Gula Merah
  • 1 sudu Gula Putih
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 simpul Daun Pandan
  • 1/4 cawan Air
  • Secukupnya Tepung Gandum & Air
  • Secukup Garam

Teh Tarik Masala

  • ½ tin F&N Krimer Sejat
  • 3 sudu besar F&N Krimer Manis Kalsium
  • 5 uncang Teh Pekat
  • Secukupnya Biji Pelaga, Cengkih & Kulit Kayu Manis

Inti Kuih Ketayap

  1. Masukkan 1 biji kelapa parut, 3 sudu merah, 1 sudu gula pasir, sedikit garam, satu simpul daun pandan dan juga ¼ cawan air ke dalam kuali.
  2. Masak sampai air agak kering dan kemudian sejukkan.

Kulit Ketayap

  1. Masukkan 4 helai daun pandan dalam pengisar, kemudian tuang 1 tin F&N Krimer Sejat dan air, dan pewarna hijau, kisar dan tapis.
  2. Masukkan dua cawan tepung gandum, sedikit garam, sedikit minyak dan kacau sehingga sekata.
  3. Kemudian masak di atas kuali dengan minyak yang sedikit.
  4. Setelah masak, gulungkan bersama inti yang dibuat tadi, dan hidangkan.

Teh Tarik Masala

  1. Masukkan secukupnya biji pelaga, cengkih dan kulit kayu manis ke cawan, kisarkan bersama halia.
  2. Masukkan 5 uncang teh dan tambahkan air dan 3 sudu F&N Krimer Manis Kalsium, dan F&N Krimer Sejat.
  3. Hidangkan bersama kuih ketayap.

Part 1

Part 2

Spicy Buttermilk Shellout & Air Jagung

Spicy Buttermilk Shellout & Air Jagung

Spicy Buttermilk Shellout

  • 1/2 tin F&N Krimer Sejat
  • 1/2 sudu besar F&N Krimer Manis Kalsium
  • 3 sudu besar Tepung Goreng Spicy
  • 2 senduk Mentega
  • 4 ulas Bawang Putih, dicincang
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 6 tangkai Cili Padi, dicincang
  • 1/2 sudu besar Serbuk Cili
  • Secukupnya Udang, Ketam, Sotong

Air Jagung

  • 1 tin F&N Krimer Sejat
  • 1/4 tin F&N Krimer Manis Kalsium
  • 2 senduk kecil Kordial Jagung
  • 2 sudu besar Kordial Sirap
  • Secukupnya Ais

Spicy Buttermilk Shellout

  1. Dalam mangkuk, masukkan 4 sudu besar tepung goreng ayam spicy, kemudian masukkan air, tetapi pastikan adunan tidak terlalu cair.
  2. Masukkan udang, sotong dan ketam, gaul rata dan salutkan dengan tepung goreng ayam spicy.
  3. Goreng semua seafood dalam kuali hingga garing, kemudian ketepikan seketika.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan kira-kira 2 senduk mentega hingga cair. Masukkan 4 ulas bawang putih cincang, 2 tangkai daun kari dan 6 tangkai cili padi. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan F&N Krimer Sejat dan F&N Krimer Manis Kalsium.
  5. Masukkan semua seafood yang telah digoreng bersama ½ sudu serbuk cili. Gaul rata hingga kuah sebati.

Air Jagung

  1. Masukkan ¼ tin F&N Krimer Manis Kalsium ke dalam jag, kemudian tambahkan 1 tin F&N Krimer Sejat.
  2. Tambah 2 senduk besar kordial jagung dan 2 sudu besar kordial sirap. Kacau hingga sekata sebelum tambah air.
  3. Masukkan ais dan sedia untuk dihidangkan bersama Spicy Buttermilk Shellout.
Mee Kari Rojak

Mee Kari Rojak

Mee Kari

  • 1/2 tin F&N Krimer Sejat
  • 10/15 tangkai Cili Kering
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 mangkuk kecil Udang Kering
  • 2 inci Lengkuas
  • 1 biji setengah Bawang Besar
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 4 sudu besar Rempah Kari Ikan
  • 1 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 mangkuk kecil Santan
  • Secukupnya Rempah 4 Sekawan & Daun Salam
  • Secukupnya Asam Jawa
  • Secukupnya Tauhu Kering
  • Secukupnya Garam & Perasa
  • Secukupnya Telur Rebus, Cili Potong, Sambal Belacan, Kacang Panjang, dicelur
  • Secukupnya Ayam dipotong kecil

Rojak

  • Sedikit F&N Krimer Sejat
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 5 sudu besar Tepung Beras
  • Secukupnya Bebola Ikan, tempe dan yang bersesuaian
  • Secukupnya Biji Ketumbar
  • Secukupnya Jintan Manis
  • Secukupnya Air (jika perlu)

Kuah Mee Kari

  1. Kisarkan bawang merah, cili kering, udang kering, 4 ulas bawang putih, 2 inci lengkuas, ½ biji bawang merah dan sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, rempah 4 sekawan, daun salam, dan 2 tangkai daun kari. Gaulkan seketika, kemudian masukkan 4 sudu besar rempah kari ikan dan 1 sudu besar serbuk cili.
  3. Gaulkan dan masukkan sedikit air, beberapa kali sehingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, gaul bersama rempah dan tambah 2–3 cawan air.
  5. Masukkan ½ sudu besar asam jawa, renehkan seketika dan masukkan setengah tin F&N Krimer Sejat serta 1 mangkuk kecil santan. Renehkan dengan api kecil.

Rojak

  1. Masukkan 4 ulas bawang putih, sedikit biji ketumbar, dan sedikit jintan manis. Tumbuk dalam lesung batu.
  2. Masukkan 5 sudu besar tepung beras, sedikit garam, sedikit perasa, dan F&N Krimer Sejat. Campurkan sedikit air, kacau hingga sebati dan masukkan tauhu ke dalam adunan.
  3. Goreng di atas kuali sehingga garing. Ketepikan seketika.
  4. Campurkan tauhu ke dalam kuah mee kari dan perasakan dengan sedikit garam dan perasa. Kacau dan sedia untuk dihidangkan.
Che Nom

Che Nom

Tak perlu nak tunggu kenduri atau majlis tertentu untuk nak makan Nasi Minyak. Korang boleh buat juga sendiri. Jom tonton untuk resipi penuh.

Nasi Minyak & Daging Masak Hitam

Nasi Minyak & Daging Masak Hitam

Nasi Minyak

  • 1 ½ cawan F&N Krimer Sejat
  • 4 ½ cawan Air
  • 4 cawan Beras Basmathi
  • ¼ cawan Minyak Masak
  • 4 sudu besar Minyak Sapi
  • ½ biji Bawang Besar
  • 4 biji Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 inci Halia
  • 1 helai Daun Pandan
  • ½ cawan Kismis
  • ½ sudu kecil Pewarna Kuning
  • Rempah 4 sekawan

Daging Masak Hitam

  • ½ cawan F&N Krimer Sejat
  • 1 cawan Minyak Masak
  • 2 helai Daun Pandan
  • 2 batang Serai
  • 2 biji Bawang Besar
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 2 inci Halia
  • ½ cawan Kismis
  • Secukupnya Garam & Gula
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 kg Daging
  • 10-15 tangkai Cili Kering
  • ½ sudu besar Jintan Manis
  • ½ sudu besar Jintan Putih
  • 1 sudu besar Biji Ketumbar
  • ½ cawan Kicap Pekat Karamel
  • ½ cawan Kicap Pekat Manis

Daging Masak Hitam

  1. Perap daging dengan ketumbar, jintan putih, jintan manis, kicap pekat manis, kicap pekat karamel, dan kismis kisar (separuh). Perap minimum 30 minit.
  2. Panaskan minyak, tumis serai yang diketuk dan daun pandan yang disimpul.
  3. Masukkan rempah 4 sekawan, tumis hingga naik bau.
  4. Tambah bawang putih dan bawang besar, kisar dan kacau rata.
  5. Masukkan tomato hiris, kacau sampai layu.
  6. Masukkan daging perap, kacau sebati dan masak atas api perlahan selama 1 jam atau lebih, ikut tahap kelembutan daging.
  7. Jika belum cukup lembut, tambah air dan terus masak.
  8. Akhir sekali, masukkan kismis kisar selebihnya, garam secukup rasa dan boleh tambah F&N Krimer Sejat untuk kuah lebih berlemak dan harum.

Nasi Minyak

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis daun pandan dan rempah 4 sekawan.
  2. Masukkan bawang besar hiris, tumis hingga layu.
  3. Masukkan halia kisar dan kismis hitam, goreng sebati.
  4. Masukkan beras basmati yang sudah ditos, kacau rata.
  5. Masukkan air ikut sukatan (1 cawan beras = 1 cawan air).
  6. Letak sedikit pewarna kuning untuk seri.
  7. Tambah garam secukup rasa.
  8. Masukkan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Kek Puding Karamel Pelangi

Kek Puding Karamel Pelangi

Puding

  • ⅓ cawan F&N Krimer Manis Kalsium
  • 1 tin F&N Krimer Sejat
  • 2 biji Telur (kuning dan putih)
  • 3 biji Kuning Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 1 sudu besar Gula Perang (pilihan)

Karamel

  • 3 sudu besar Gula Pasir
  • ⅛ sudu kecil Garam

Kek (Meringue)

  • 6 biji Putih Telur
  • ⅛ sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Krim Tartar
  • 3/4 cawan Gula Kastor

Kek

  • ¼ cawan F&N Krimer Manis Kalsium
  • ½ cawan F&N Krimer Sejat
  • 3 biji Kuning Telur
  • ¼ cawan Minyak Masak
  • 1 sudu kecil Esen Villa
  • 1 ½ cawan Tepung Gandum
  • 2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • Pewarna Makanan
  • Loyang saiz 9 inci, tinggi 7cm

Sediakan Karamel

  1. Masukkan gula, air dan secubit garam ke dalam periuk atau kuali.
  2. Panaskan atas api sederhana, biarkan gula cair dan bertukar warna perang keemasan. Jangan kacau, hanya goyang kuali perlahan-lahan.
  3. Tuang karamel ke dalam loyang, goyang loyang supaya karamel melapisi dasar loyang.
  4. Biarkan karamel sejuk dan mengeras.

Sediakan Bancuhan Puding

  1. Dalam mangkuk besar, campurkan telur, kuning telur, gula kastor dan esen vanila. Kacau rata, tak perlu pukul hingga kembang.
  2. Dalam periuk lain, campurkan F&N Krimer Sejat, F&N Krimer Manis Kalsium dan air. Panaskan hingga suam, jangan sampai mendidih.
  3. Lakukan teknik tempering. Ambil sedikit campuran krimer suam, tuang ke dalam adunan telur sambil kacau perlahan-lahan. Ulang beberapa kali hingga sebati.
  4. Kemudian, tuang semua bancuhan krimer ke dalam adunan telur, kacau rata.
  5. Tapis bancuhan untuk dapatkan tekstur yang halus dan licin.

Warnakan & Sedia Untuk Kukus

  1. Bahagikan bancuhan kepada beberapa bahagian, ikut jumlah warna yang dikehendaki.
  2. Titiskan pewarna makanan berlainan dalam setiap bahagian, kacau rata.

Proses Kukus Lapisan Pelangi

  1. Panaskan pengukus, balut penutup kukusan dengan kain supaya wap tidak menitis ke atas puding.
  2. Tuang satu bahagian bancuhan berwarna ke dalam loyang berkaramel, kukus selama 4–5 minit sehingga lapisan mengeras.
  3. Ulang langkah untuk setiap lapisan warna, tuang dan kukus satu persatu.
  4. Selepas lapisan terakhir, kukus keseluruhan puding selama 30–40 minit menggunakan api sederhana.

Sejukkan & Hidang

  1. Biarkan puding sejuk pada suhu bilik selama lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2–3 jam, atau lebih baik semalaman untuk hasil yang lebih cantik dan kukuh.
  3. Kikis bahagian tepi loyang perlahan-lahan, terbalikkan ke atas pinggan hidang.
  4. Potong dan nikmati dalam keadaan sejuk.
Briyani Gam Daging

Briyani Gam Daging

Perap Daging

  • 1.2-1.5kg Campuran Daging Pejal dan Tulang
  • 4 sudu besar Rempah Briyani
  • ½ sudu besar Serbuk Ketumbar
  • ½ sudu besar Serbuk Jintan Manis
  • ¼ sudu besar Serbuk Jintan Putih
  • ½ cawan Yogurt atau Tairu

Kisar Halus

  • 4 biji Bawang Merah Kecil
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia

Tumis

  • ½ tin F&N Krimer Sejat
  • ½ cawan Minyak Masak
  • 2 sudu besar Minyak Sapi (Ghee)
  • 2 helai Daun Salam
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 biji Bawang Besar, dihiris nipis
  • 2 ulas Bawang Putih, dihiris nipis
  • 1 inci Halia (racik halus)
  • 1 biji Tomato
  • ½ cawan Kismis
  • 2 sudu besar Puri Tomato
  • 2 biji Cili Hijau Besar (Pilihan)
  • 2 sudu besar Serbuk Kacang Badam
  • 1 ketul kecil Gula Batu (Pilihan)
  • Secukupnya Garam
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun Pudina & Daun Ketumbar
  • Serbuk Perasa (Jika suka)

Nasi Briyani

  • ½ cawan F&N Krimer Sejat
  • 3 cawan Beras Basmathi
  • 3L Air, untuk merebus
  • 2 helai Daun Salam
  • 3 kuntum Bunga Cengkih
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 sudu besar Garam
  • 2 senduk Kuah Briyani
  • 2 sudu besar Minyak Sapi Cair
  • ½ cawan Kismis
  • ½ cawan Gajus
  • Pewarna Oren atau Pati Saffron
  • Daun Ketumbar & Daun Pudina
  • Bawang Goreng

Kisar Halus

  • 2 ulas Bawang Putih
  • ½ inci Halia
  • 3-4 biji Bawang Merah Kecil

Lain

  • 1 tangkai Daun Kari
  • ½ biji Bawang Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • ½ inci Halia
  • 1 helai Daun Pandan
  • 2 sudu besar Rempah Kari Daging
  • ½ sudu besar Serbuk Cili
  • 100g Kacang Dhal
  • 2-3 cawan Air Rebusan Daging atau Tulang
  • 1 keping Asam Gelugor
  • ½ batang Lobak Merah
  • 2 biji Kentang
  • ½ - 1 cawan Santan
  • 1-2 biji Terung Panjang
  • 4 batang Kacang Panjang
  • 2 biji Cili Hijau Besar (Pilihan)
  • Secukupnya Garam
  • Rempah 4 sekawan
  • Serbuk Perasa, jika suka

Acar Timun Nenas

  • 2 potong Nenas
  • 1 batang Timun
  • 1 inci Lobak Merah
  • ½ biji Bawang Besar
  • 1 biji Cili Hijau/ Merah Besar
  • 1 sudu besar Gula
  • 3-4 sudu besar Cuka Makan
  • 1 sudu besar Pati Oren
  • ¼ sudu kecil Garam

Daging

  1. Masukkan daging bersama rempah briyani, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan garam ke dalam periuk.
  2. Tambahkan air secukupnya dan rebus sehingga daging empuk dan kuah berkurang.
  3. Angkat daging dan tapis air rebusan. Simpan air untuk digunakan dalam masakan nasi nanti.

Nasi Briyani

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk besar.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga. Kacau sebati.
  4. Masukkan rempah briyani dan daun pandan, tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan beras basmati yang telah direndam dan toskan. Gaul rata dengan bahan tumis.
  6. Tuangkan air rebusan daging yang telah ditapis, diikuti dengan ½ cawan F&N Krimer Sejat dan ½ cawan F&N Krimer Manis.
  7. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  8. Masak atas api sederhana sehingga air menyusut dan nasi hampir masak.
  9. Titiskan pewarna kuning di beberapa bahagian nasi.
  10. Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan nasi tanak sepenuhnya sehingga wangi dan lembut.

Acar Timun

  1. Satukan hirisan timun, bawang besar dan cili merah dalam mangkuk.
  2. Tambahkan cuka, gula dan sedikit garam.
  3. Gaul rata dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia dihidang.
facebook-iconinstagram-icon

Ikuti kami
di media sosial

F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (004594-A) © Hak Cipta Terpelihara